IrfanJani.com

Wamy Futsal, penganjur pertandingan futsal.
Ditempah oleh Tuan Azree Hanifiah untuk World Assembly of Muslim Youth atau WAMY

Akan dikemaskini entri ini di lain masa.

Ikhtisar Reka Bentuk
Tanggungjawab seorang pereka logo, adalah meraih kesan akhir yang efektif melalui hasil kerjanya. Sesebuah logo perlu mewakili objektif sesebuah perniagaan itu.

Dengan hanya mengesan atau mengenengahkan SATU faktor kritikal saja, sudah memadai untuk logo anda mencapai status berjaya. Dan untuk mendapatkan faktor kritikal itu, ia tidaklah sesukar yang disangka.

Anda cuma perlu menyediakan Ikhtisar Reka Bentuk (IRB). Err.. apa benda tu? Usah bimbang, saya akan kongsikan dengan menggunakan bahasa yang mudah.

Apa itu IRB?

Ikhtisar bermaksud ringkasan, atau sinopsis jika disebut dalam bahasa perfileman. Dalam bahasa Inggeris, Ikhtisar Reka Bentuk disebut sebagai design brief. IRB sangat penting dalam penciptaan logo. Di dalamnya terkandung segala maklumat penting yang sangat membantu pereka logo untuk menepati citarasa pelanggannya, dan kehendak pasaran.

IRB membolehkan anda (sebagai pelanggan) untuk fokus pada sesuatu yang mahu dicapai sebelum memulakan apa saja projek. Secara teorinya, semakin terperinci IRB ini ditulis, semakin tinggi kualiti dan kadar efektif design yang dapat pereka logo hasilkan.

Satu lagi teori logo ada menyebut, kejayaan 90% sesebuah logo terletak pada IRB yang baik. Lagi 10% adalah komunikasi antara anda dengan pereka logo.

Macam Mana Nak Sediakan IRB?

Caranya sangatlah mudah. Anda cuma perlu menjawab beberapa persoalan atau kaji selidik seperti yang saya nyatakan di bawah. Walaupun anda digalakkan menulis dengan lebih padat, tak semestinya perlu tulis sebaris dua saja. Nak tulis sebuah esei pun tak mengapa.

1. Apakah perniagaan yang anda buat?

Tip: Jangan sekali menganggap seorang pereka logo itu sudah sedia maklum akan perusahaan anda. Nyatakan dengan jelas dan elakkan istilah pelik.

Apa yang syarikat anda usahakan?

Ceritakan sejarah syarikat anda.

2. Apakah cita-cita anda dalam bisnes ini? Nyatakan kenapa.

Tip: Jika ada material promosi yang pernah digunakan, tidak salah jika ditunjukkan pada pereka logo anda. Ia dapat membantu banyak.

Apa yang ingin anda capai secara keseluruhannya, setelah siap logo yang dinginkan?

Apa yang ingin anda sampaikan melalui logo, dan kenapa?

Apakah kekuatan dan kelemahan produk/servis anda?

Bagaimana anda melihat perbezaan syarikat anda dengan pesaing yang sedia ada?

3. Siapa kumpulan sasaran anda (target market)?

Tip: Jika lebih dari satu golongan, sila susunkan mengikut keutamaan.

Siapakah golongan pelanggan yang ingin anda sasarkan? (Umur, jantina, status, taraf hidup, pendapatan, sikap, geografi, gaya hidup)

4. Apakah teks, atau gambaran objek (simbol) yang anda mahu?

Tip: Teks atau gambar yang ingin digunakan perlulah mempunyai kaitan dengan logo yang ingin direka.

Apakah teks, ayat promosi, atau motto yang ingin anda sampaikan melalui logo?

Apa objek/imej/simbol/gambar yang anda rasakan sesuai?

5. Nyatakan spesifikasi yang anda mahu.

Bagaimana saiz logo yang anda mahu.

Di mana logo ini akan digunakan? (Laman web, kad bisnes, alat tulis, papan iklan dll)

Sebagai spesifikasi tambahan, adakah apa-apa maklumat yang patut diketahui oleh pereka logo anda?

6. Adakah anda punya apa-apa idea lain?

Anda seeloknya dapat menyediakan apa saja maklumat atau contoh logo yang anda rasakan efektif, biarpun contoh dari pesaing anda sendiri. Sekurang-kurangnya, hal ini boleh dijadikan asas dalam merekacipta logo anda.

Nyatakan juga apa-apa maklumat yang anda rasakan pereka logo tak sepatutnya lakukan, seperti menggunakan stail, warna, simbol, jenis font yang anda benci. Ia juga dapat mengelakkan pereka logo tersilap, atau tidak menepati kehendak anda, dan pasaran.

7. Berapa kos upah yang anda mampu?

Menyediakan nilai bajet yang anda mampu, adalah bertujuan mengelakkan pereka logo membuang masa berharga ketika sedang cuba mencapai bajet yang maksima. Secara tak langsung, pereka logo juga akan sedar sejauh manakah sesebuah projek itu berbaloi untuk diselesaikan. Tapi, pastikan juga harga kemampuan itu setimpal dengan tempoh yang anda berikan pada pereka logo.

8. Berapa lamakah tempoh logo disiapkan?

Jelaskan jadual masa yang terperinci, serta setkan tarikh akhir yang relevan dan realistik bagi pereka logo menyelesaikan projek anda.

Kerja yang terburu-buru tidak memberi sebarang faedah kepada sesiapa. Malah akan mendatangkan banyak kesilapan jika tugas itu sedikit kompleks. Masa untuk berbincang, mengkritik, dan sesi pembetulan amat penting. TAPI, kalau betul-betul terdesak inginkan cepat, jangan segan untuk nyatakan awal-awal, agar pereka logo dapat menyiapkannya sebaik dan secepat mungkin. Ingat, pereka logo anda juga seorang manusia biasa, bukannya robot. Huhu.

p/s: Sekian saja untuk kali ini. Jika ingin melihat contoh borang IRB yang saya gunakan, bolehlah memuat turun di sini.

PENAFIAN: Istilah Ikhtisar Reka Bentuk, atau IRB, tidak terdapat dalam mana-mana sumber ilmiah yang lain. Ia adalah istilah yang direka dan dicipta sendiri oleh Irfan Jani, memandangkan tiada istilah lain yang mewakili perkataan design brief dalam bahasa Melayu.

Borang Ikhtisar Reka Bentuk (IrfanJani.com)<object width="450" height="500" data="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=12811426&access_key=key-54z98ry1trgjk4bo724&page=1&version=1&viewMode=list" type="application/x-shockwave-flash"><param name="id" value="doc_206413651508196" /><param name="name" value="doc_206413651508196" /><param name="align" value="middle" /><param name="quality" value="high" /><param name="play" value="true" /><param name="loop" value="true" /><param name="scale" value="showall" /><param name="wmode" value="opaque" /><param name="devicefont" value="false" /><param name="bgcolor" value="#ffffff" /><param name="menu" value="true" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="mode" value="list" /><param name="src" value="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=12811426&access_key=key-54z98ry1trgjk4bo724&page=1&version=1&viewMode=list" /><param name="allowfullscreen" value="true" /></object>

Tip 30 saat : Apakah simbol baik untuk logo bisnes kita?
Tip 30 saat : Kadang-kadang kita tak tahu apa sebenarnya simbol untuk logo bisnes kita. Contoh kalau jual Nasi Lemak, simbolnya apa? Daun pisang, buah kelapa, atau sudu garfu? Cuba fikirkan dalam sehari suntuk, senaraikan semua perkataan yang berkaitan Nasi Lemak, dari segi bahan, cara, sampailah ke sudut perasaan dan emosi penggemar nasi lemak. Mungkin ada satu yang menarik dan unik di situ. Cuba, ya.

Percuma.net, Aku Rasa Macam Nak Redesign.
Sumber dan testimonial ada di sini. (Sebab aku tak simpan salinan asal)

Sebenarnya, ini antara logo terawal yang aku design. Logo ini juga adalah yang paling buat aku tak puas hati. Sebab, aku buat logo ni tanpa melalui proses sketching di atas kertas.

p/s: Kalau bro Azahari nak kasi peluang lagi, aku ingat nak buat redesign pada logo ini. Nanti aku emel dia.

Styleicious Web 2.0
Lupa mana aku simpan kertas lakaran asal.

18 Oktober 2007, tarikh logo ini ditempah oleh seseorang yang dikenali dengan nama Slayer yang berasal dari Central Europe, Transylvania (rujuk blog beliau di sini). Aku kenal dia di forum DP. Masa tu, aku membuka servis di situ semata-mata untuk mengumpul portfolio dan testimonial.

Beliau meminta aku mencipta satu logo untuk tema Wordpress yang ingin beliau promosikan di blognya. Mr. Slayer tak beri aku apa-apa info, melainkan beberapa perkataan ini, “eye, blue and futuristic“. Katanya,

Pastikan logo itu dapat mempromosikan dirinya sendiri, ya.

Huh. Aku garu kepala. Pelik betul permintaanya. Apa yang aku faham, mungkin dia mahu logo itu dijadikan fokus utama dalam tema Wordpressnya itu.

Tema ini dinamakan, Styleicious Web 2.0. Sesiapa yang berminat nak gunakan tema sebagai blog Wordpress, bolehlah muat turun di sini. Atau mahu melihat Demo Site terlebih dahulu? Butiran lanjut mengenai tema ini boleh dilihat di entri blognya di sini.

Perisian : Adobe Photoshop CS3

Teknik: Vector Image dengan Pen Tool.

Proses: 2 hari (Dua pembetulan)

p/s: Antara logo yang paling berbaloi pernah aku buat, sebab masa tu harganya cuma puluhan dolar. Sedangkan kalau dinilai sekarang, mungkin berharga ribuan dolar, sebab tema Wordpress itu sekarang sudah digunapakai hampir puluhan ribu webmaster di Internet.

Tip nak pilih logo mana satu yang baik.
Tip 30 saat: Katakan anda ada dua buah logo atau lebih. Tapi, tak tahu nak pilih mana satu yang paling berkesan. Cadangan saya, cuba cetakkan ia di atas kertas (berdakwat hitam putih). Tampalkan pada dinding, dan perhatikan ia dari jauh. Yang paling tertonjol, menarik atau catchy itulah pilihan terbaik. Selamat mencuba!

Hidey Marketing
Hasil akhir. Aku belum bermain dengan warna. Nanti-nantilah.

Ditempah oleh Simon Hidey, atau kupanggil Mr. Hidey, yang berpengkalan di Kansas. Seorang penasihat peribadi dalam bidang pemasaran untuk syarikat kecil dan sederhana. Dia kenal aku melaui Alfred, bekas pelanggan lama tahun 2006 dulu. Entah macam mana boleh ingat aku lagi.

Mr. Hidey ini sudah pun punya syarikatnya sendiri, Hidey Marketing. Lucunya dia ini, setelah melihatkan lakaran yang aku hantar tempohari, mula berminat nak tukar nama syarikatnya ke Hidey Strategy pula. Hihi. Pandai bergurau rupanya dia. Cis.

Menginginkan sebuah logo , yang berupaya mendatangkan semangat ingin tahu (inkuiri?) terhadap perkhidmatannya, iaitu sebagai penasihat peribadi dalam bidang pemasaran. Jadi,  aku ingat agak strategik juga kalau gunakan perkataan ‘hide‘ dalam nama syarikatnya, Hidey. Konon-konon membawa maksud sedang bersembunyi, ala rahsialah macam tu. Haha. Comel.

Lakaran yang buat Mr. Hidey nak tukar nama syarikatmya ke Hidey Strategy. Hihi.

Aku mengaplikasikan Teori Ruangan Negatif dalam pembentukan logo kali ini, iaitu, memanipulasikan ruangan kosong di dalam design untuk dijadikan sebagai kekuatan logo. Bentuk separa bulatan yang terbuka di bawah huruf “h” itu, aku buatkan seolah-olah ada seseorang yang sedang mengintai, atau bersembunyi, kononnya nak tahu sangat apekebendalah Hidey Marketing ni. Cewah.

Kemudian, aku cuba menonjolkan perkataan ‘hide’ dengan calitan tajam atas dan bawah, sebagai maksud tersirat (double meaning) yang ada dalam logo ini.

Perisian : Adobe Illustrator CS3

Teknik: Vector Image dengan Pen Tool.

Proses: 2 hari (Tiga pembetulan)

p/s: Nanti di lain waktu, aku akan kongsikan pada semua, apa itu Teori Ruang Negatif dalam membuat logo. Aku ceduk ilmu ini dari beberapa buah buku yang aku beli di Tokyo tahun lepas. Jangan lupa setia bersama blog ini ya. Hehe.

Kreativiti, Bisakah Anda Hargainya?
Katakan, kamu kini sedang berlegar di pusat perabot untuk mencari sebuah katil. Akhirnya ketemu sebuah yang kamu minat. Kamu memang betul suka dengan stailnya, warna, dan perasaan (feel) yang terpancar dari katil itu. Kemudian cuba-cuba duduk atas tilamnya dan membelek setiap penjuru katil itu. Bila dah setuju, teruslah membayarnya, termasuk kos sampingan seperti bantal, sarung tilam, selimut dan sebagainya.

Tapi, lain pula ceritanya bila berhadapan dengan sebuah kreativiti. Kadang-kadang dengan sekali melihat saja, sudah membuat kita faham apa yang kita tak suka, lalu senang saja melupakannya. Oleh itu, dengan kreativiti, reaksi pelanggan dapat kita kawal. Di sinilah datangnya kos. Pasti ada yang tertanya kenapa melibatkan kos. Mestilah, memancing reaksi pelanggan bukan setakat dari pandangan individu saja. Takut-takut, cuma syok sendiri.

Contohnya dalam merekacipta logo, pamplet atau poster iklan. Nampak mudah. Campak warna di sini, conteng beberapa garisan di situ, letak gambar itu dan ini. Kemudian, terus berkempen. Itulah kesilapan utama. Ia tidak melalui proses timbal balik dan kajian yang sebaiknya. Mari kembali ke kes katil tadi. Kamu dah lihat, sentuh, rasa dan terus membelinya. Semua terjadi bila kehendak dan tujuan dipenuhi (iaitu katil untuk tidur), selera yang bersesuaian (stail) dan bermutu tinggi. Dalam kes ini, ia dikatakan konsep 3P:

Purpose: Katil untuk tidur, baring dan rehat-rehat.

Personality: Berciri moden. Harga mampu milik.

Perfect: Warna tenteram. Material bagus.

Sekarang, kita lihat dari sudut pelanggan yang berpotensi terhadap bisnes kita. Mereka dah tengok iklan, memahami mesej yang ingin disampaikan, kemudian berimaginasi. Semua itu berlaku dalam beberapa saat saja. Bila mereka tertarik terhadap produk atau servis kita, seterusnya akan wujud DUA jenis pelanggan:

Berminat dan tanpa lengah akan terus membeli.

Berminat, tapi tak tahu bila waktu sepatutnya membeli. *Pelanggan jenis ini adakala tak pasti, apa yang membuatkan mereka tertarik. Tapi pakej yang mereka lihat, semacam cukup sempurna baginya.

Jadi, untuk mencapai misi yang kita mahu, iaitu pelanggan berkualiti, perlulah melalui satu paparan design yang baik. Iaitu design yang senang diingat, menggambarkan imej produk, kredibiliti, kualiti dan nilai. Tak lupa juga design yang mampu membakar semangat mereka untuk bertindak (membeli). Dan, untuk mendapatkan design sebegitu, kadang-kadang memakan masa berjam-jam, mungkin beberapa hari, minggu, atau berbulan-bulan. Soalnya, adakah kamu hargai sebuah kreativiti?

Komuniti, Portal Cakerawala Mu’adz
Alhamdulillah, logo ini berjaya melepasi piawaian admin.

Mulanya aku cuma kenal pada lagu-lagu hadis yang dibawa Mu’adz oleh beberapa senior rapatku di sini. Akhirnya, aku menyebarkan lagunya kepada sahabatku melalui blog di entri ini. Kemudian, kami berkenalan antara satu sama lain dari situ.

Pada suatu hari, setelah beberapa tahun bersahabat melalui blog, aku ada terperasan satu pertandingan merekacipta logo di blognya (sumber). Tambahan aku pun baru habis ujian semestar ketika itu, apa lagi, terus saja mengambil pensel dan sketch book (ya, aku suka melakar di atas kertas terlebih dahulu sebelum membuka photoshop).

Portal Cakerawala Mu’adz, adalah tempat di mana peminatnya berkumpul sambil bersuai kenal, sekaligus merapatkan ukhwah sesama mereka.

Ini adalah logo asal, sebagai contoh oleh pihak admin.

Seperti yang kalian lihat, ada simbol loncatan bintang yang menyerupai huruf A di tengah-tengahnya, mewakili sebutir bintang yang berbakat dalam industri ini. Garisan melengkung di bawah perkataan MUADZ itu adalah permukaan bumi yang biasanya kita lihat dari tepi. Semuanya demi menampakkan mood ‘cakerawala’ dalam logo ini.

Logo ini sudah pun digunakan di portal mereka. Ingin mengenali lebih dekat dengan beliau, bolehlah ke blog peribadinya dan Portal Cakerawala Mu’adz.

Redesign: Grup Karyawan Luar Negara
Jangan terkejut. Kesemua warna-warna ini diterima sebulat suara  dan mana-mana ahli pun bebas untuk memilih warna yang mereka mahukan. (Warna hijau kuning untuk urusan rasmi) ”Pelbagai Latar, Satu Wadah”, mungkin menjadi sebab logo ini mempunyai pelbagai pilihan warna. Hihi. Pengalaman baru.

Memandangkan, aku adalah ahli rasmi Grup Karyawan Luar Negara merangkap moderator khas GKLN di Jepun, aku ditugaskan oleh tuan presiden, Fahd Razy, untuk menyiapkan satu logo khas, menggantikan logo asal (entah mana aku simpan, tak ingat) yang bakal digunakan dalam segala aktiviti rasmi kami.

Info am:  GKLN, adalah sebuah persatuan penulis yang terdiri daripada pelajar Malaysia di luar negara. Hampir kesemua ahlinya adalah berlatar belakangkan bidang kritikal, seperti kedoktoran, kejuruteraan, perguruan dan sebagainya. Misinya, adalah melahirkan penulis-penulis sastera Islami.

Perkembangan terkini: Sudah pun didaftarkan dengan nama GKLN Publishing House , dan menerbitkan beberapa antologi iaitu himpunan karya ahli persatuan GKLN.

Buat pertama kalinya, aku mengaplikasikan logo yang tidak mewakili warna khas dalam persembahan luarannya. Maksudnya, perlambangan bagi warna dalam logo ini tidak membawa maksud apa-apa. Cubaanku kali ini, adalah mengutamakan fokus terhadap simbol semata-mata.

Simbol tinta berbulu pelepah, membawa maksud kegiatan utama perkumpulan ini, iaitu bidang penulisan. Ianya mewakili huruf “L” dalam susunan G.K.L.N ini.

Aku cadangkan beberapa gabungan warna kepada Fahd Razy, iaitu seperti yang di bawah ini. Setelah dibincangkan sesama ahli, keputusannya adalah sangat melucukan bagi saya.

Kepada sesiapa bakal melanjutkan pengajian ke luar negara dan meminati bidang penulisan juga, jangan segan-segan menyertai kami ya. Maklumat lanjut ada di laman blog kami.

Perisian : Adobe Photoshop CS2

Teknik: Vector Image dengan Pen Tool.

Proses: 1 hari (Tiada pembetulan)

p/s: Nama GKLN disebut juga dalam artikel di sini.