IrfanJani.com » teori logo

Ikhtisar Reka Bentuk
Tanggungjawab seorang pereka logo, adalah meraih kesan akhir yang efektif melalui hasil kerjanya. Sesebuah logo perlu mewakili objektif sesebuah perniagaan itu.

Dengan hanya mengesan atau mengenengahkan SATU faktor kritikal saja, sudah memadai untuk logo anda mencapai status berjaya. Dan untuk mendapatkan faktor kritikal itu, ia tidaklah sesukar yang disangka.

Anda cuma perlu menyediakan Ikhtisar Reka Bentuk (IRB). Err.. apa benda tu? Usah bimbang, saya akan kongsikan dengan menggunakan bahasa yang mudah.

Apa itu IRB?

Ikhtisar bermaksud ringkasan, atau sinopsis jika disebut dalam bahasa perfileman. Dalam bahasa Inggeris, Ikhtisar Reka Bentuk disebut sebagai design brief. IRB sangat penting dalam penciptaan logo. Di dalamnya terkandung segala maklumat penting yang sangat membantu pereka logo untuk menepati citarasa pelanggannya, dan kehendak pasaran.

IRB membolehkan anda (sebagai pelanggan) untuk fokus pada sesuatu yang mahu dicapai sebelum memulakan apa saja projek. Secara teorinya, semakin terperinci IRB ini ditulis, semakin tinggi kualiti dan kadar efektif design yang dapat pereka logo hasilkan.

Satu lagi teori logo ada menyebut, kejayaan 90% sesebuah logo terletak pada IRB yang baik. Lagi 10% adalah komunikasi antara anda dengan pereka logo.

Macam Mana Nak Sediakan IRB?

Caranya sangatlah mudah. Anda cuma perlu menjawab beberapa persoalan atau kaji selidik seperti yang saya nyatakan di bawah. Walaupun anda digalakkan menulis dengan lebih padat, tak semestinya perlu tulis sebaris dua saja. Nak tulis sebuah esei pun tak mengapa.

1. Apakah perniagaan yang anda buat?

Tip: Jangan sekali menganggap seorang pereka logo itu sudah sedia maklum akan perusahaan anda. Nyatakan dengan jelas dan elakkan istilah pelik.

Apa yang syarikat anda usahakan?

Ceritakan sejarah syarikat anda.

2. Apakah cita-cita anda dalam bisnes ini? Nyatakan kenapa.

Tip: Jika ada material promosi yang pernah digunakan, tidak salah jika ditunjukkan pada pereka logo anda. Ia dapat membantu banyak.

Apa yang ingin anda capai secara keseluruhannya, setelah siap logo yang dinginkan?

Apa yang ingin anda sampaikan melalui logo, dan kenapa?

Apakah kekuatan dan kelemahan produk/servis anda?

Bagaimana anda melihat perbezaan syarikat anda dengan pesaing yang sedia ada?

3. Siapa kumpulan sasaran anda (target market)?

Tip: Jika lebih dari satu golongan, sila susunkan mengikut keutamaan.

Siapakah golongan pelanggan yang ingin anda sasarkan? (Umur, jantina, status, taraf hidup, pendapatan, sikap, geografi, gaya hidup)

4. Apakah teks, atau gambaran objek (simbol) yang anda mahu?

Tip: Teks atau gambar yang ingin digunakan perlulah mempunyai kaitan dengan logo yang ingin direka.

Apakah teks, ayat promosi, atau motto yang ingin anda sampaikan melalui logo?

Apa objek/imej/simbol/gambar yang anda rasakan sesuai?

5. Nyatakan spesifikasi yang anda mahu.

Bagaimana saiz logo yang anda mahu.

Di mana logo ini akan digunakan? (Laman web, kad bisnes, alat tulis, papan iklan dll)

Sebagai spesifikasi tambahan, adakah apa-apa maklumat yang patut diketahui oleh pereka logo anda?

6. Adakah anda punya apa-apa idea lain?

Anda seeloknya dapat menyediakan apa saja maklumat atau contoh logo yang anda rasakan efektif, biarpun contoh dari pesaing anda sendiri. Sekurang-kurangnya, hal ini boleh dijadikan asas dalam merekacipta logo anda.

Nyatakan juga apa-apa maklumat yang anda rasakan pereka logo tak sepatutnya lakukan, seperti menggunakan stail, warna, simbol, jenis font yang anda benci. Ia juga dapat mengelakkan pereka logo tersilap, atau tidak menepati kehendak anda, dan pasaran.

7. Berapa kos upah yang anda mampu?

Menyediakan nilai bajet yang anda mampu, adalah bertujuan mengelakkan pereka logo membuang masa berharga ketika sedang cuba mencapai bajet yang maksima. Secara tak langsung, pereka logo juga akan sedar sejauh manakah sesebuah projek itu berbaloi untuk diselesaikan. Tapi, pastikan juga harga kemampuan itu setimpal dengan tempoh yang anda berikan pada pereka logo.

8. Berapa lamakah tempoh logo disiapkan?

Jelaskan jadual masa yang terperinci, serta setkan tarikh akhir yang relevan dan realistik bagi pereka logo menyelesaikan projek anda.

Kerja yang terburu-buru tidak memberi sebarang faedah kepada sesiapa. Malah akan mendatangkan banyak kesilapan jika tugas itu sedikit kompleks. Masa untuk berbincang, mengkritik, dan sesi pembetulan amat penting. TAPI, kalau betul-betul terdesak inginkan cepat, jangan segan untuk nyatakan awal-awal, agar pereka logo dapat menyiapkannya sebaik dan secepat mungkin. Ingat, pereka logo anda juga seorang manusia biasa, bukannya robot. Huhu.

p/s: Sekian saja untuk kali ini. Jika ingin melihat contoh borang IRB yang saya gunakan, bolehlah memuat turun di sini.

PENAFIAN: Istilah Ikhtisar Reka Bentuk, atau IRB, tidak terdapat dalam mana-mana sumber ilmiah yang lain. Ia adalah istilah yang direka dan dicipta sendiri oleh Irfan Jani, memandangkan tiada istilah lain yang mewakili perkataan design brief dalam bahasa Melayu.

Borang Ikhtisar Reka Bentuk (IrfanJani.com)<object width="450" height="500" data="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=12811426&access_key=key-54z98ry1trgjk4bo724&page=1&version=1&viewMode=list" type="application/x-shockwave-flash"><param name="id" value="doc_206413651508196" /><param name="name" value="doc_206413651508196" /><param name="align" value="middle" /><param name="quality" value="high" /><param name="play" value="true" /><param name="loop" value="true" /><param name="scale" value="showall" /><param name="wmode" value="opaque" /><param name="devicefont" value="false" /><param name="bgcolor" value="#ffffff" /><param name="menu" value="true" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="mode" value="list" /><param name="src" value="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=12811426&access_key=key-54z98ry1trgjk4bo724&page=1&version=1&viewMode=list" /><param name="allowfullscreen" value="true" /></object>

Hidey Marketing
Hasil akhir. Aku belum bermain dengan warna. Nanti-nantilah.

Ditempah oleh Simon Hidey, atau kupanggil Mr. Hidey, yang berpengkalan di Kansas. Seorang penasihat peribadi dalam bidang pemasaran untuk syarikat kecil dan sederhana. Dia kenal aku melaui Alfred, bekas pelanggan lama tahun 2006 dulu. Entah macam mana boleh ingat aku lagi.

Mr. Hidey ini sudah pun punya syarikatnya sendiri, Hidey Marketing. Lucunya dia ini, setelah melihatkan lakaran yang aku hantar tempohari, mula berminat nak tukar nama syarikatnya ke Hidey Strategy pula. Hihi. Pandai bergurau rupanya dia. Cis.

Menginginkan sebuah logo , yang berupaya mendatangkan semangat ingin tahu (inkuiri?) terhadap perkhidmatannya, iaitu sebagai penasihat peribadi dalam bidang pemasaran. Jadi,  aku ingat agak strategik juga kalau gunakan perkataan ‘hide‘ dalam nama syarikatnya, Hidey. Konon-konon membawa maksud sedang bersembunyi, ala rahsialah macam tu. Haha. Comel.

Lakaran yang buat Mr. Hidey nak tukar nama syarikatmya ke Hidey Strategy. Hihi.

Aku mengaplikasikan Teori Ruangan Negatif dalam pembentukan logo kali ini, iaitu, memanipulasikan ruangan kosong di dalam design untuk dijadikan sebagai kekuatan logo. Bentuk separa bulatan yang terbuka di bawah huruf “h” itu, aku buatkan seolah-olah ada seseorang yang sedang mengintai, atau bersembunyi, kononnya nak tahu sangat apekebendalah Hidey Marketing ni. Cewah.

Kemudian, aku cuba menonjolkan perkataan ‘hide’ dengan calitan tajam atas dan bawah, sebagai maksud tersirat (double meaning) yang ada dalam logo ini.

Perisian : Adobe Illustrator CS3

Teknik: Vector Image dengan Pen Tool.

Proses: 2 hari (Tiga pembetulan)

p/s: Nanti di lain waktu, aku akan kongsikan pada semua, apa itu Teori Ruang Negatif dalam membuat logo. Aku ceduk ilmu ini dari beberapa buah buku yang aku beli di Tokyo tahun lepas. Jangan lupa setia bersama blog ini ya. Hehe.