Archive

slayer2

Lupa mana aku simpan kertas lakaran asal.

18 Oktober 2007, tarikh logo ini ditempah oleh seseorang yang dikenali dengan nama Slayer yang berasal dari Central Europe, Transylvania (rujuk blog beliau di sini). Aku kenal dia di forum DP. Masa tu, aku membuka servis di situ semata-mata untuk mengumpul portfolio dan testimonial.

Beliau meminta aku mencipta satu logo untuk tema Wordpress yang ingin beliau promosikan di blognya. Mr. Slayer tak beri aku apa-apa info, melainkan beberapa perkataan ini, “eye, blue and futuristic“. Katanya,

Pastikan logo itu dapat mempromosikan dirinya sendiri, ya.

Huh. Aku garu kepala. Pelik betul permintaanya. Apa yang aku faham, mungkin dia mahu logo itu dijadikan fokus utama dalam tema Wordpressnya itu.

Tema ini dinamakan, Styleicious Web 2.0. Sesiapa yang berminat nak gunakan tema sebagai blog Wordpress, bolehlah muat turun di sini. Atau mahu melihat Demo Site terlebih dahulu? Butiran lanjut mengenai tema ini boleh dilihat di entri blognya di sini.

slayer1

  • Perisian : Adobe Photoshop CS3
  • TeknikVector Image dengan Pen Tool.
  • Proses: 2 hari (Dua pembetulan)

p/s: Antara logo yang paling berbaloi pernah aku buat, sebab masa tu harganya cuma puluhan dolar. Sedangkan kalau dinilai sekarang, mungkin berharga ribuan dolar, sebab tema Wordpress itu sekarang sudah digunapakai hampir puluhan ribu webmaster di Internet.

Tags: , , , , , · No comments so far · Leave a response »

Leave a Reply