Archive
Hasil akhir, yang telah dikemaskini. *Sealed off by IrfanJani.com
Logo ini dipesan oleh sebuah syarikat Fatisha Agro Farm, melalui pemiliknya sendiri yang aku kenal sebagai Kak Fatisha. Sebuah syarikat, yang mengkhususkan perusahaan berkaitan tanaman dan produk berasaskan cendawan.
Mulanya beliau menghantar beberapa lakaran kasar untuk memudahkan aku mendapat idea. Cara gabungan huruf F, A dan F di dalam lakaran telah disyaratkan agar membentuk objek cendawan.
Walaupun warna hitam dan oren yang dipinta beliau tidak aku setujui (atas sebab hasil kajianku menunjukkan bidang pertanian tidak sesuai menggunakannya), tapi mungkin ini satu cubaan baik untuk lebih menonjol berbanding pesaing yang sedia ada. Oren dan hitam semestinya satu cabaran utama.
Setelah melalui beberapa proses perbincangan, akhirnya design akhir logo berjaya menambat hati beliau.
Alhamdulillah, seronok berurusan dengan seorang usahawan muda, Kak Fatisha, yang khabarnya turut juga membantu siswazah dalam bidang ini. Sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam perusahaan berasaskan cendawan, bolehlah lawati blognya di sini.
Tags: agriculture, agro, cendawan, farm, Fatisha, logo, pertanian, syarikat, usahawan · No comments so far · Leave a response »


