Archive
Pertama sekali, setinggi tahniah diucapkan kepada bro Bat. Sekalung terima kasih buat beliau atas tema Wordpress ciptaan anak Malaysia yang ringkas, menampakkan nilai eksklusif dan ciri profesional, sejajar dengan matlamat utama blog IrfanJani.com diwujudkan.
Misi Satu:
Kepada yang masih tertanya-tanya mengapa mesti aku asingkan penulisan biasa dari SangPelangi, bukan bermaksud aku sudah kelunturan semangat dalam perkongsian karya sasteraku di sana, tetapi aku berkira-kira untuk cuba menulis idea-idea baruku yang tercetus, menjurus ke bidang perniagaan, pemasaran, pengiklanan agar lebih meluas lagi.
Misi Dua:
Blog ini juga adalah sambungan dari laman tutorial grafik, IrfanReka yang sudah lama sunyi dari info dan input segar lagi terkini. Kenapa ya aku tidak menulis di sana? Biasalah. Jawapannya mudah, (kalau yang masih belum tahu) aku bayar sendiri kos server dan domain, biar aku dapat berdisiplin untuk terus menulis. Kalau dah bayar, tapi tak tulis, memang rugilah, betul tak?
Misi Tiga:
Aku mula berminat dalam menulis artikel berkisar dunia teknologi untuk beberapa laman portal tertentu Amanz.my, InfoMalaya, MajalahIM, WangCyber, dan macam-macam lagi. Cumanya, aku belum berbincang lagi dengan pemiliknya. Cuma sekadar bercita-cita (ataupun berangan) saja. Tapi, sekurang-kurangnya, aku sudah menulisnya di sini, kan? Kalau tak laksanakan, biar aku sendiri yang malu. Haha.
Misi Empat:
Penulisanku di sini, secara asasnya adalah untuk bacaan dan rujukan mana-mana syarikat yang sudi untuk menggajikan aku selepas ini. Termasuk bakal-bakal pekerjaku (siapa tahu aku ada rezeki bangunkan syarikat sendiri- haha berangan lagi), agar mereka semua kenal dengan siapa mereka berurusan nanti. Tentang pendirian, cara kerja, dan semuanya pasal aku akan mereka kenal terlebih dahulu.
· No comments so far · Leave a response »