Archive

Dipesan oleh Encik Kevin (dari Brookvale, kenal aku sebab direkomen oleh Androide – kawan di forum) sebenarnya saja-saja ingin melihat cara aku bekerja. Lepas aku hantar lakaran awal, tak jadi nak cuba, terus tempah.
Mula-mulanya aku ingat logo Dwiano Instrument Class ni untuk kelas belajar piano atau muzik. Tapi, lepas dia hantar maklumat terperinci, rupanya semacam satu pergerakan kelab piano di kolejnya yang aku kira agak aktif.
Gambar di bawah adalah lakaran asal yang aku buat. Ya, cuma satu konsep idea saja kali ni, sebab dia memang mahukan pakej konsep tunggal.
Aku cuba fokus untuk membentuk papan piano menyerupai huruf D (huruf awalan dari perkataan ‘Dwiano’) dengan ada dua bar hitam (entah apa namanya) yang aku maksudkan sebagai ‘dwi’.
Tapi, setelah melalui beberapa siri kritikan dan tambahan idea, lain pula jadinya. Tak apalah. Asalkan tak lari jauh dari idea asal aku, dan dua-dua pun puas hati.
Di bawah adalah hasil akhir. Tiba-tiba dia suka, terus tambah duit, minta aku design untuk letterhead dan business card pula. Aduh. Mengantuk!
- Perisian : Adobe Photoshop CS2
- Teknik: Vector Image dengan Pen Tool.
- Proses: 3 hari (3 amendments)
· One comment · Leave a response »

Comment by Bat · February 11, 2009 @ 1:05 pm
Mantap. Seronok tengok proses janaan idea tu.
p/s: WhiteBeans dah keluar versi baru. =)