Archive

Jangan terkejut. Kesemua warna-warna ini diterima sebulat suara dan mana-mana ahli pun bebas untuk memilih warna yang mereka mahukan. (Warna hijau kuning untuk urusan rasmi) ”Pelbagai Latar, Satu Wadah”, mungkin menjadi sebab logo ini mempunyai pelbagai pilihan warna. Hihi. Pengalaman baru.
Memandangkan, aku adalah ahli rasmi Grup Karyawan Luar Negara merangkap moderator khas GKLN di Jepun, aku ditugaskan oleh tuan presiden, Fahd Razy, untuk menyiapkan satu logo khas, menggantikan logo asal (entah mana aku simpan, tak ingat) yang bakal digunakan dalam segala aktiviti rasmi kami.
- Info am: GKLN, adalah sebuah persatuan penulis yang terdiri daripada pelajar Malaysia di luar negara. Hampir kesemua ahlinya adalah berlatar belakangkan bidang kritikal, seperti kedoktoran, kejuruteraan, perguruan dan sebagainya. Misinya, adalah melahirkan penulis-penulis sastera Islami.
- Perkembangan terkini: Sudah pun didaftarkan dengan nama GKLN Publishing House , dan menerbitkan beberapa antologi iaitu himpunan karya ahli persatuan GKLN.
Buat pertama kalinya, aku mengaplikasikan logo yang tidak mewakili warna khas dalam persembahan luarannya. Maksudnya, perlambangan bagi warna dalam logo ini tidak membawa maksud apa-apa. Cubaanku kali ini, adalah mengutamakan fokus terhadap simbol semata-mata.

Simbol tinta berbulu pelepah, membawa maksud kegiatan utama perkumpulan ini, iaitu bidang penulisan. Ianya mewakili huruf “L” dalam susunan G.K.L.N ini.
Aku cadangkan beberapa gabungan warna kepada Fahd Razy, iaitu seperti yang di bawah ini. Setelah dibincangkan sesama ahli, keputusannya adalah sangat melucukan bagi saya.
Kepada sesiapa bakal melanjutkan pengajian ke luar negara dan meminati bidang penulisan juga, jangan segan-segan menyertai kami ya. Maklumat lanjut ada di laman blog kami.
- Perisian : Adobe Photoshop CS2
- Teknik: Vector Image dengan Pen Tool.
- Proses: 1 hari (Tiada pembetulan)
p/s: Nama GKLN disebut juga dalam artikel di sini.
· No comments so far · Leave a response »