Archive
Alhamdulillah, logo ini berjaya melepasi piawaian admin.
Mulanya aku cuma kenal pada lagu-lagu hadis yang dibawa Mu’adz oleh beberapa senior rapatku di sini. Akhirnya, aku menyebarkan lagunya kepada sahabatku melalui blog di entri ini. Kemudian, kami berkenalan antara satu sama lain dari situ.
Pada suatu hari, setelah beberapa tahun bersahabat melalui blog, aku ada terperasan satu pertandingan merekacipta logo di blognya (sumber). Tambahan aku pun baru habis ujian semestar ketika itu, apa lagi, terus saja mengambil pensel dan sketch book (ya, aku suka melakar di atas kertas terlebih dahulu sebelum membuka photoshop).
Portal Cakerawala Mu’adz, adalah tempat di mana peminatnya berkumpul sambil bersuai kenal, sekaligus merapatkan ukhwah sesama mereka.
Ini adalah logo asal, sebagai contoh oleh pihak admin.
Seperti yang kalian lihat, ada simbol loncatan bintang yang menyerupai huruf A di tengah-tengahnya, mewakili sebutir bintang yang berbakat dalam industri ini. Garisan melengkung di bawah perkataan MUADZ itu adalah permukaan bumi yang biasanya kita lihat dari tepi. Semuanya demi menampakkan mood ‘cakerawala’ dalam logo ini.
Logo ini sudah pun digunakan di portal mereka. Ingin mengenali lebih dekat dengan beliau, bolehlah ke blog peribadinya dan Portal Cakerawala Mu’adz.
Tags: design, hadis, komuniti, lagu, muadz, nasyid, pertandingan, portal · 3 comments · Leave a response »



Comment by ainohikari · February 15, 2009 @ 10:56 am
Cantik betul logo tu sheikh.
Comment by affuan · February 15, 2009 @ 8:07 pm
suh beliau gunakan wordpress untuk blog peribadi beliau. no offence. hehe.
*serius!
Comment by FarEast · February 19, 2009 @ 10:46 am
Logo efun buat..mesti la gempak..walaupun die buat 10 minit je sambil minum milo panas..hehe