Archive
Katakan, kamu kini sedang berlegar di pusat perabot untuk mencari sebuah katil. Akhirnya ketemu sebuah yang kamu minat. Kamu memang betul suka dengan stailnya, warna, dan perasaan (feel) yang terpancar dari katil itu. Kemudian cuba-cuba duduk atas tilamnya dan membelek setiap penjuru katil itu. Bila dah setuju, teruslah membayarnya, termasuk kos sampingan seperti bantal, sarung tilam, selimut dan sebagainya.
Tapi, lain pula ceritanya bila berhadapan dengan sebuah kreativiti. Kadang-kadang dengan sekali melihat saja, sudah membuat kita faham apa yang kita tak suka, lalu senang saja melupakannya. Oleh itu, dengan kreativiti, reaksi pelanggan dapat kita kawal. Di sinilah datangnya kos. Pasti ada yang tertanya kenapa melibatkan kos. Mestilah, memancing reaksi pelanggan bukan setakat dari pandangan individu saja. Takut-takut, cuma syok sendiri.
Contohnya dalam merekacipta logo, pamplet atau poster iklan. Nampak mudah. Campak warna di sini, conteng beberapa garisan di situ, letak gambar itu dan ini. Kemudian, terus berkempen. Itulah kesilapan utama. Ia tidak melalui proses timbal balik dan kajian yang sebaiknya. Mari kembali ke kes katil tadi. Kamu dah lihat, sentuh, rasa dan terus membelinya. Semua terjadi bila kehendak dan tujuan dipenuhi (iaitu katil untuk tidur), selera yang bersesuaian (stail) dan bermutu tinggi. Dalam kes ini, ia dikatakan konsep 3P:
- Purpose: Katil untuk tidur, baring dan rehat-rehat.
- Personality: Berciri moden. Harga mampu milik.
- Perfect: Warna tenteram. Material bagus.
Sekarang, kita lihat dari sudut pelanggan yang berpotensi terhadap bisnes kita. Mereka dah tengok iklan, memahami mesej yang ingin disampaikan, kemudian berimaginasi. Semua itu berlaku dalam beberapa saat saja. Bila mereka tertarik terhadap produk atau servis kita, seterusnya akan wujud DUA jenis pelanggan:
- Berminat dan tanpa lengah akan terus membeli.
- Berminat, tapi tak tahu bila waktu sepatutnya membeli. *Pelanggan jenis ini adakala tak pasti, apa yang membuatkan mereka tertarik. Tapi pakej yang mereka lihat, semacam cukup sempurna baginya.
Jadi, untuk mencapai misi yang kita mahu, iaitu pelanggan berkualiti, perlulah melalui satu paparan design yang baik. Iaitu design yang senang diingat, menggambarkan imej produk, kredibiliti, kualiti dan nilai. Tak lupa juga design yang mampu membakar semangat mereka untuk bertindak (membeli). Dan, untuk mendapatkan design sebegitu, kadang-kadang memakan masa berjam-jam, mungkin beberapa hari, minggu, atau berbulan-bulan. Soalnya, adakah kamu hargai sebuah kreativiti?
Tags: kreativiti, reaksi · 2 comments · Leave a response »
Comment by Bat · February 20, 2009 @ 10:04 am
Kreativiti…Luas tajuk ni, tapi yang ditekankan dalam entri ni, tentang kreativiti dalam design.
Rasanya orang yg berkecimpung dalam design, memang akan jawab YA, tapi untuk orang yg tak berapa nak faham, dia akan cakap YA jugak(sebab nampak macam dia tak faham dengan istilah kreativiti).
Terima kasih irfan untuk entri ni. =)
Comment by Eriyza · February 22, 2009 @ 9:30 am
Tajuk dan ulasan yg menarik. Seseorg yg kreatif dpt menonjolkan bakatnya yg terpendam melalui sentuhan kreativitinya yg tesendiri. Meskipun kadangkala kreativiti itu dtg dlm bentuk abstrak yg sukar difahami ttp kesungguhan perekanya pelu direspek.