Entries

Dipesan oleh Encik Kevin (dari Brookvale, kenal aku sebab direkomen oleh Androide – kawan di forum) sebenarnya saja-saja ingin melihat cara aku bekerja. Lepas aku hantar lakaran awal, tak jadi nak cuba, terus tempah. Baca lanjut, klik sini.
Beberapa emel yang aku terima dari sahabat, bertanyakan tentang jenis plugin yang aku gunakan untuk Sahabat SangPelangi (SSP). Ia sebenarnya adalah sejenis plugin percuma yang bernama GWA Autoresponder. Percuma saja. Aku ada ceritakan serba sedikit ciri-ciri yang terdapat dalam plugin itu untuk bacaan semua. Boleh baca lanjut di artikel yang bertajuk, GWA Autoresponder, Wordpress Plugin percuma. (0)
Di atas adalah hasil terakhir yang menepati piawaian beliau *Sealed off by IrfanJani.com
Ditempah oleh seorang yang dikenali sebagai Bro Ajamz, adalah webmaster kepada komuniti penyokong kelab pasukan bola sepak negeri Perlis, Singa Utara. Baca lanjut, klik sini.
Baru-baru ini, aku baru saja selesai menulis satu artikel untuk laman komuniti WangCyber.com. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman, bagaimana untuk menjadi seorang pengkritik yang benar-benar berkualiti dan bijak. Kalian bolehlah membacanya di link ini, Jadilah Pengkritik Berkualiti, dan jangan lupa tinggalkan jejak komentarmu di sana, ya? (0)
Hasil akhir, yang telah dikemaskini. *Sealed off by IrfanJani.com
Logo ini dipesan oleh sebuah syarikat Fatisha Agro Farm, melalui pemiliknya sendiri yang aku kenal sebagai Kak Fatisha. Sebuah syarikat, yang mengkhususkan perusahaan berkaitan tanaman dan produk berasaskan cendawan.
Mulanya beliau menghantar beberapa lakaran kasar untuk memudahkan aku mendapat idea. Cara gabungan huruf F, A dan F di dalam lakaran telah disyaratkan agar membentuk objek cendawan. Baca lanjut, klik sini.
No comments so far · Tags: agriculture, agro, cendawan, farm, Fatisha, logo, pertanian, syarikat, usahawan
Pertama sekali, setinggi tahniah diucapkan kepada bro Bat. Sekalung terima kasih buat beliau atas tema Wordpress ciptaan anak Malaysia yang ringkas, menampakkan nilai eksklusif dan ciri profesional, sejajar dengan matlamat utama blog IrfanJani.com diwujudkan.
Misi Satu:
Kepada yang masih tertanya-tanya mengapa mesti aku asingkan penulisan biasa dari SangPelangi, bukan bermaksud aku sudah kelunturan semangat dalam perkongsian karya sasteraku di sana, tetapi aku berkira-kira untuk cuba menulis idea-idea baruku yang tercetus, menjurus ke bidang perniagaan, pemasaran, pengiklanan agar lebih meluas lagi.
Misi Dua:
Blog ini juga adalah sambungan dari laman tutorial grafik, IrfanReka yang sudah lama sunyi dari info dan input segar lagi terkini. Kenapa ya aku tidak menulis di sana? Biasalah. Jawapannya mudah, (kalau yang masih belum tahu) aku bayar sendiri kos server dan domain, biar aku dapat berdisiplin untuk terus menulis. Kalau dah bayar, tapi tak tulis, memang rugilah, betul tak?
Misi Tiga:
Aku mula berminat dalam menulis artikel berkisar dunia teknologi untuk beberapa laman portal tertentu Amanz.my, InfoMalaya, MajalahIM, WangCyber, dan macam-macam lagi. Cumanya, aku belum berbincang lagi dengan pemiliknya. Cuma sekadar bercita-cita (ataupun berangan) saja. Tapi, sekurang-kurangnya, aku sudah menulisnya di sini, kan? Kalau tak laksanakan, biar aku sendiri yang malu. Haha.
Misi Empat:
Penulisanku di sini, secara asasnya adalah untuk bacaan dan rujukan mana-mana syarikat yang sudi untuk menggajikan aku selepas ini. Termasuk bakal-bakal pekerjaku (siapa tahu aku ada rezeki bangunkan syarikat sendiri- haha berangan lagi), agar mereka semua kenal dengan siapa mereka berurusan nanti. Tentang pendirian, cara kerja, dan semuanya pasal aku akan mereka kenal terlebih dahulu.

